Dari kamar hati Ibu…

The clock is ticking at 11.30 pm. I am right now on bed, lazing and passionately watching my youngest boy, Razin who is soundly into his beautiful sleep. I kissed him and kissed him endlessly…. Rasa tak akan pernah puas aku mencium anak kecil ini.

Aku bersalawat dan bersalawat dan ku hembuskan ke ubun-ubun rambutnya berkali-kali. Aku panjatkan rasa syukur yang maha tidak terhingga dengan keselamatan dan kesejahteraan ALLAH SWT datangkan kepada kami hari ini bersama-sama dengan ujian dariNya..

Razin Hafizi petang tadi at about 330 pm di Sunway Hospital…

20120420-232823.jpg

Ya Allah, sebagai ibu, doa ku kepadaMu sentiasa agar anak-anakku dilindungiMu sentiasa. Agar Kau hindarkan anak-anakku dari segala kejadian buruk, dari semua kesakitan dan kepayahan dan semua jua musibah..

Alhamdulillah rupa-rupanya doa ku selama ini, Kau dengari Ya Allah 😦 …

Maka hari ini, walaupun anakanda tercinta, Razin ditimpa kemalangan kecil, jatuh di bilik air dan terluka dengan luka 2 inch deep cut, tapi Kau kabulkan juga doa-doaku Ya Allah, Kau lindungi anak-anakku dari segala penyakit dan mala petaka Ya Allah 😦

Makanya, Kau gerakkan hatiku untuk mengambil cuti pada hari ini. Ya Allah Ya Rahman !, Kau telah terlebih dahulu memastikan aku dekat dengan anakanda Razin agar aku dapat segera membawanya ke hospital…

Ya Allah, Kau telah permudahkan dan mensejahterakan perjalananku ke hospital siang tadi dalam keadaan hujan yang sungguh lebat..

Kau lapangkan adikku Awa dari segala urusannya untuk datang membantu di kala aku goyah dan panik.

Kau kurniakan aku satu ketenangan dalam kekalutan menghadapi keadaan Razin yang berlumuran darah dan menangis kesakitan …

Kau percepatkan semua urusan x-ray, bius dan stitches di hospital tadi.

Kau datangkan seorang doktor dan nurse-nurse yang sungguh baik dan lembut menenangkan gundah hati ku.. 😦

Ya Allah, ampunkan aku 😦 …

Berikan aku nur Mu Ya Allah, agar kejadian pada hari ini akan meningkatkan lagi rasa Iman dan Taqwa-ku hanya kepadaMu, Ya Allah!!

Ya Allah, bersujud syukur aku kepadaMu Ya Allah kerana Kau datangkan aku ujian ini, rupa-rupanya supaya aku bersabar dalam menghambat pahala-pahala Mu yang banyak itu.

To anakanda Razin, who now soundly asleep, Ibu titipkan doa Ibu agar Razin dan semua anak-anak Ibu akan terus sentiasa dilindungi ALLAH SWT sampai Jannah!!

20120420-234121.jpg

(Note that rambut tetap spikey hokay :D)

Wassalam and rest well all. It has been a very longgggg day!

2 Replies to “Dari kamar hati Ibu…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s