Jangan….

JANGAN
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN
sengaja lewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai Allah swt.

JANGAN
tidur selepas solat subuh, nanti rezeki tersekat kerana di waktu pagi itulah pintu rezeki dibuka.

JANGAN
makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut kalau-kalau kita mati dalam perjalanan.

JANGAN
biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN
menangguh taubat apabila membuat dosa kerana mati itu boleh datang pada bila-bila masa.

JANGAN
ego untuk meminta maaf daripada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN
mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita dan hilang kebahagiaan hidup kita.

JANGAN
lupa bergantung kepada Allah swt dalam setiap kerja yang kita lakukan, nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa kalau gagal.

JANGAN
bakhil untuk bersedekah kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN
terlalu banyak ketawa, nanti mati jiwa.

JANGAN
biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.

JANGAN
pertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab ianya ada hikmah tersendiri. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

JANGAN
baca saja coretan ini. Sebarkan kepada saudara sesama Islam untuk kebaikan bersama.

🙂

3 thoughts on “Jangan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s