Ramadhan Is Here Again

Salam.

Time indeed flies. I sincerely hope that ‘we’ all done mengganti puasa 🙂

Personally, Ramadhan for me would be a month full of tests. All sorts. I m going to have one more ‘soldier’ to be trained to puasa this year. Now, thats tough people because this tiny soldier of mine knows how to pick up the phone like 25 times in an hour and asking me what time it is 🙂

So anyway, we will dearly miss my baby along during this fasting month 😦 and to this tiny soldier named Sarah, Ramadhan would be a fun month really next to holy because both me and dad will be talking to you nicely, no scolding and you can eat whatever you want, anytime 🙂 (err or course for berbuka lah..).

 

And, to welcome this Holy month of Ramadhan while wishing my dear friends Selamat Berpuasa, lets share a bit of this kay.  

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu mengerjakan puasa sebagaimana yang diwajibkan kepada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

 

 Bagaikan menunggu tetamu istimewa, Ramadan dinantikan seluruh umat mukmin. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah SAW mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah SAW mengajar sahabat Baginda doa mendapat keberkatan Syaaban sehingga munculnya Ramadan dalam keadaan yang lebih bersedia. Doa itu berbunyi: “Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan.”Dalam hal ini, cuba kita renungi catatan Imam al-Ghazali yang membahagikan tahap puasa orang mukmin melalui tiga tahap tertentu:

Terbaik (khusus al-khusus) – Seseorang Islam berjaya mengawal puasanya daripada melakukan segala perkara membatalkan puasanya, bukan setakat makan dan minum, tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.

Khusus – Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri daripada maksiat batin. 

Umum – Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri melakukan maksiat zahir dan batin.

 Antara punca menyebabkan ramai di kalangan umat Islam hari ini masih berada di tahap kedua dan ketiga seperti dinyatakan Imam al-Ghazali adalah disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu masih berada di takuk lama walaupun menyedari sedang meniti hari dalam bulan begitu berkat dalam Islam. Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan serta tidur berlebihan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaran, penglihatan dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiran, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan berpuasa adalah sama.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW dapat dilaksanakan dengan syumul, persiapkan diri untuk memulakan penghidupan lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Antaranya ialah:

l Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
l Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
l Mengurangkan tidur siang hari bulan Ramadan.
l Beriktikaf dalam masjid terutama sepuluh malam terakhir Ramadan.
l Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia daripada sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
l Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah Baginda iaitu:“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan.

Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan yang lain.Ramadan adalah bulan memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.”Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikat segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru, “Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka.”

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

2 Replies to “Ramadhan Is Here Again”

  1. “Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan berlebihan”

    ish!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s